Home > #CeriteraKool > Siapa Ingat Lagu Memburu Impian? Dengar Cerita, Kazar Akan…

Siapa Ingat Lagu Memburu Impian? Dengar Cerita, Kazar Akan…

Pelakon veteran terkenal, Kazar mempunyai perancangan untuk kembali menyanyi selepas lagu popularnya menerusi filem  Gila-Gila Remaja pada tahun 1985.

Walaupun aktor berusia 59 tahun ini lebih banyak berlakon, dia masih memendam hasrat untuk menyanyi atau merakam single.

Kazar tidak menolak jika ada tawaran menyanyi termasuk mempunyai perancangan menghasilkan single bersama Tajul Arif menerusi lagu runut bunyi filem baru, Enjin No.9.

Dalam filem terbaru arahan Raja Azmi itu, Kazar turut bergandingan dengan bakat baru, Tajul dan Ayunie.

Di sebalik aksi lakonan Kazar di televisyen, pelakon ini juga popular dalam kalangan peminat dengan usikan jenakanya di media sosial.

Antara yang mencuit perhatian peminat adalah aksinya ketika bergurau senda dengan pelakon Hollywood dan Korea mahupun rakan artis tempatan lain.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply