Connect with us

Berita

Siap Sedia! Hujan Lebat Diramal Hingga Mac 2020

Sentiasa peka dengan nasihat dan amaran dikeluarkan Met Malaysia!

Published

on

Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 24 Oktober 2019 hingga Mac 2020.

Dalam tempoh ini, 4 hingga 6 episod hujan lebat dijangka berlaku.

Menurut Jabatan Meterologi Malaysia, semasa fasa awal monsun Timur Laut sehingga awal Januari 2020, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Manakala pada awal Januari dan Februari 2020, episod hujan lebat dijangka lebih tertumpu di Sarawak serta Sabah.

Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap banjir.

Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih buruk. Selain itu, tiupan angin Timur Laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora dan ombak besar di perairan Laut Cina Selatan.

Foto Harian Metro/Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Ketua Pengarah Jabatan Metereologi Malaysia turut menasihatkan orang ramai agar bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan nasihat/amaran hujan lebat serta angin kencang dan laut bergelora, yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia.

Periksa maklumat terkini menerusi:

  • Laman web rasmi Jabatan

  • Aplikasi mobil myCuaca

  • Laman media sosial rasmi Jabatan

  • Talian Met Malaysia 1-300-322-1638

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement