Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Si Melur Si Pekan

Sinopsis

Si Melur Si Pekan diinspirasikan daripada hikayat melayu lama ‘Batu Belah Batu Bertangkup’. Mak Tanjung seorang ibu tunggal terpaksa bekerja keras untuk menyara keluarganya dengan melakukan pelbagai kerja. Anak sulung Mak Tanjung iaitu Si Melur, seorang yang lemah lembut, rajin membuat kerja rumah, tapi suka berangan seolah-olah hidup di zaman dahulu kala. Anak kedua Mak Tanjung iaitu Si Pekan, malas, suka melawan dan selalu buat masalah.

Pada bulan puasa Mak Tanjung berniaga di bazar ramadan untuk mencari duit lebih bagi membeli kelengkapan hari raya. Seorang orang kaya kampung iaitu Pak Kadir tidak putus-asa cuba memikat Mak Tanjung tapi ditolak mentah-mentah. Si Pekan pula terlibat dalam kegiatan geng plastik hitam. Pelbagai insiden suka, duka dan lucu berlaku dalam kampung tempat mereka tinggal dan keluarga Mak Tanjung sepanjang ramadan. Sehingga pada suatu hari Mak Tanjung lari dari rumah akibat kempunan telur ikan untuk berbuka puasa. Si Melur dan Si Pekan cuba survive tanpa ibu mereka.

Apakah nasib yang menimpa Mak Tanjung, Si Melur dan Si Pekan? Adakah keluarga Mak Tanjung akan bersatu sebelum berakhir bulan ramadan tahun ini. Semuanya dalam Dramatik Kool Ramadan Si Melur Si Pekan.

 

Watak & Perwatakan

Mak Tanjung (Dalimawati)

Berusia lingkungan 50-an. Ibu tunggal, mempunyai dua orang anak remaja iaitu Si Melur dan Si Pekan. Tinggal di kampung dan miskin. Seorang ibu yang tabah dan bekerja keras untuk menyara keluarganya.

 

Si Pekan (Muaz)

Berusia lingkungan awal 20-an. Seorang pemuda yang malas bekerja, suka melepak, suka melawan cakap ibu dan kakaknya. Menaruh hati pada anak orang kaya di kampungnya. Seorang yang suka mendesak dan suka merajuk. Selalu menyusahkan orang lain. Suka ponteng puasa.

 

Si Melur (Haiza)

Berusia 20-an. Seorang yang cantik, lemah-lembut, rajin dan baik. Tetapi suka berangan-angan. Bercakap seperti orang zaman dahulu kala, suka berpantun, bersyair dan sebagainya. Suka mencuci baju di sungai, walaupun di rumah ada mesin basuh. Masak pakai kayu apai walaupun ada dapur gas. Selalu berselisih faham dengan adiknya Pekan.

 

Pak Kadir (Andy Hakim)

Berusia 50-an. Orang kaya kampung yang suka menunjuk-nunjuk dan menaruh hati pada Mak Tanjung. Suka berlagak alim dan suka menasihati orang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement