Connect with us
Salam Aidilfitri

Gaya Hidup

Si Kecil Sakit Kepala, Apa Ibu Bapa Patut Lakukan?

Published

on


Sakit kepala ni bukan hanya orang dewasa je boleh kena tapi anak anda yang masih kecil pun kadang-kala akan mengalami situasi yang sama. Hati ibu bapa mana yang tidak bimbang jika anak mengadu secara tiba-tiba sakit kepala tambah lagi apabila selepas pulang dari sekolah atau pusat jagaan.

Perubahan tingkah laku seperti sedih dan murung mungkin disebabkan sakit yang dialami oleh mereka. Terdapat sesetengah anak-anak yang berdiam diri menahan sakit kesakitan yang dianggap janggal pada mereka sehingga ia boleh menjadi lebih serius.

Kenal Pasti Jenis Sakit Kepala

Dr Zubaidi Ahmad iaitu Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd berkata setiap ibu bapa perlu mengenal pasti jenis sakit kepala yang melanda kanak-kanak untuk persediaan awal jika berdepan dengan situasi cemas. Migrain, sakit kepala akut dan ketegangan adalah tiga jenis sakit kepala yang anda perlu tahu.

Image result for anak sakit kepala

Sumber: harianmetro

Ingat! Walaupun anda bimbang dengan keadaan mereka, tetapi ia tidak bermakna anda boleh beri mereka makan ubat sebarangan. Ini kerana sakit kepala akut berpunca daripada jangkitan virus yang ringan seperti selsema dan demam. Jadi sekiranya anda beri ubat tanpa nasihat daripada doktor mungkin sakit tersebut akan berlarutan.

Sakit kepala yang sering dialami oleh kanak-kanak adalah ketegangan, ia berkait rapat dengan perasaan bimbang, tekanan emosi atau situasi yang tidak menentu. Ibu bapa tidak perlu khuatir kerana kebiasaanya sakit kepala yang berlaku tidak serius jadi apa yang boleh anda lakukan adalah dengan :

  • Menerangkan gelaja yang dialami pada doktor
  • Melakukan pemeriksaan fizikal di klinik atau hospital
  • Minum air masak yang banyak
  • Ajar anak supaya dapat bernafas dengan betul
  • Letakkan anak di tempat yang selesa dan tenang.

Jika ia masih berterusan, disarankan untuk segera mendapatkan rawatan.

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Sejuk- Sejuk Dapat Minum Coklat Panas Memang Layan, Nak Senang Ikut Je Resepi Ni

Merajuk Dengan Pasangan? Ini Posisi Tidur Paling Romantik Untuk Baiki Hubungan Suami Isteri

 

 

 

 

 

Sumber: hmetro

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement