Connect with us

Semasa & Hiburan

Shukri Yahaya Bawa Isteri Balik “Kampung”

So sweet!

Published

on

Pernah dengar frasa “happy wife, happy life?” Ya betul, dalam rumahtangga, suami wajar membahagiakan isteri tak kiralah dengan apa cara sekalipun bagi menunjukkan penghargaan terhadapnya.

Banyak punca pergaduhan berlaku disebabkan pelbagai sebab antaranya kurang mendapat perhatian, hilang rasa hormat dan tidak menghargai antara satu sama lain.

Memang tugas seorang suami mencari nafkah, namun suami juga tidak wajar memperlekehkan isteri yang hanya senang duduk di rumah. Umum mengetahui, isteri juga melakukan banyak perkara walaupun hanya berada dirumah. Termasuklah mengemas, memasak dan menjaga anak.

Sama seperti perkara yang dilakukan oleh pelakon Shukri Yahaya yang menunjukkan rasa penghargaan terhadap isterinya Tya Adnan dengan membawanya pulang ke “kampung”

Kampung yang dimaksudkan adalah di Korea Selatan iaitu lokasi yang sangat diminati dan dikagumi oleh isteri kesayangannya itu.

Tidak hanya berdua, Shukri dan Tya turut membawa anaknya Aaira Ameena serta kedua ibu bapa Shukri.

Manisnyaaaaaa Shukri dan Tya ni! Semoga hubungan silaturahim antara keluarga ini akan kekal harmoni sehingga ke akhir hayat..

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement