Connect with us

Hiburan

Sherry Tak ‘Kalut’ Soal Jodoh

Sherry mencari pasangan yang boleh memahaminya dan juga kerjaya.

Published

on

Pelakon dan pengacara popular, Sherry Al-Hadad tidak pernah berasa tertekan apabila ditanya soal jodoh memandangkan keluarganya tidak terlalu mendesak untuk dia berkahwin.

Malah, anggota keluarganya mendoakan supaya dia bertemu dengan jodoh yang baik satu hari nanti.

Sherry atau nama lengkapnya Shariffah Mariam Binti Syed Abdullah Al Hadad, 35, mengakui sebelum ini agak bimbang sekiranya famili bertanya samada sudah menemui pasangan hidup atau pun belum.

“Bagaimanapun, tidak seorang pun bapa dan ibu saudara saya bertanyakan hal itu, sebaliknya mereka mendoakan supaya satu hari nanti saya bertemu jodoh dengan lelaki yang baik.

“Kalau orang kata saya terlalu memilih, sebenarnya saya bukanlah memilih sebaliknya saya mencari pasangan yang boleh memahami saya dan kerjaya saya,” katanya.

Seperti yang sudah diketahui umum, rezeki, jodoh dan maut semua sudah ditetapkan oleh Allah.

Didoakan semoga Sherry ditemukan dengan jodoh yang baik-baik suatu hari nanti.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement