Connect with us

Hiburan

Sheila Rusly Merajuk?

Bersabar ye Sis…

Published

on

Sheila Rusly seorang selebriti tanah air yang cukup dikenali malah berbakat besar dalam bidang lakonan serta penerbitan.

Namun, pelakon dan pengarah tersohor itu difahamkan mahu berehat lama dari industri hiburan.

Suami Sheila, Azman Hj Yahya atau [email protected] Sidang mendedahkan Shiela sudah lama memendam perasaan terhadap industri hiburan tempatan dan perkara itu diceritakan melalui kapsyen sebuah video di Instagram.

View this post on Instagram

Assalmualaikum Malaya…Salam subuh Geng Tok Sidang dimane sajer komer berada… . #cerekatoksidang pagi ni pasei Sis cakap pada teman, Babe.. since i nak mengundurkan diri sementara waktu ni…I nak cakap sket apa yang terpendam dalam hati pasei orang orang dalam industri i.. dulu i simpan sebab nak jaga sensitivities nak jaga hati dorang.. sekarang i dah ready nak cakap… kalau i di blacklisted atau di boikot… i dah ready… sebab tu i nak mengundurkan diri sebelum dorang campak proposal i … proposal Js Pictures atau yang ada kena mengena dengan nama SHEILA RUSLY dalam tong sampah… . Sis berpesan lagi pada Tok Sidang..“ Babe…esok bila i dah tak de… tetiba ada orang nak bagi Anugerah pada i, you suruh anak anak amek, ucap terima kasih lepas tu Anugerah bagi balik… kata pada dorang, kalau nak kasi Anugerah pada mama saya, kasi masa dia hidup, kalau dah mati, Anugerah tu dah tak der nilai…Adehhh…. . Hadoiiii mak aiiii .. Kelakor sedih lak hati teman niiiii…

A post shared by Tok Sidang Jinggo (@jinggo_jspictures) on

Jinggo juga ada berkongsikan satu lagi video Sis Shiela yang mengakui merajuk dengan industri hiburan.

View this post on Instagram

Assalmualaikum Malaya…Great day Geng Tok Sidang dimane sajer komer berada… . #cerekatoksidang pagi ni pasei Tok Sidang lak cerita pasei Anugerah . Trend sekarang… Anugerah kerana popular bukan kerana jasa… . Anugerah bukan kerana karya tapi kerana terpaksa bagi sama rata … . Anugerah bukan kerana bakat luar biasa tapi kerana paras rupa… . Anugerah kerana penaja bukan kerana usaha untuk Industri Drama Filem Negara… . Anugerah kerana banyak hati perlu di jaga bukan kerana Anugerah anak seni yang sepatutnya…. . Anugerah Paling popular untuk Anak Seni adalah Al Fatihah . Video paling Indah sebelum Anugerah adalah Al Fatihah buat insan seni yang telah pergi.. . Anugerah paling baik anak seni bila mati bukan bila hidup setia menabur bakti pada industri… . Anugerah paling Indah anak seni bila dirinya menjadi keldai seni bukan kerana seni dijadikan Keldai… . Kalau Tok Sidang lak kena boikot…kena blacklist lepas ni… Alamatnya Tok Sidang lak lah kena paksa bersara….

A post shared by Tok Sidang Jinggo (@jinggo_jspictures) on

Lantas, perkongsian itu mendapat perhatian ramai termasuk rakan artis yang meninggalkan komen.

Untuk pengetahuan, video yang dimuat naik itu antara salah satu babak drama terbaru arahan JS Pictures Sdn Bhd, Bukan Gadis Biasa yang menyaksikan Sheila turut berlakon memegang watak sebagai wanita tua. Nantikan di TV3…

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement