Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Sheila Majid Kongsi Foto Percutian di India

Selamat bercuti!

Published

on

Sesibuk mana pun seseorang itu, pasti tersimpan di dalam hati keperluan untuk meluangkan masa bersama orang yang tersayang terutamanya keluarga atau rakan-rakan kan?

Sebenarnya cuti itu perlu demi kebaikan dan kesihatan seseorang individu. Selepas sibuk dengan pekerjaan, percutian tidak kiralah sama ada berehat dirumah mahupun dilakukan diluar, ia mampu membantu bagi menenangkan fikiran dan kembali segar sepenuhnya sebelum masuk semula ke pejabat.

Sama seperti penyanyi yang popular menerusi lagu Sinaran, Sheila Majid yang baru-baru ini telah berkunjung ke India bersama suami tersayang Hasridz Murshim Hashim.

Penyanyi berkenaan turut berkongsi foto-foto sekitar percutian romantis mereka di laman Instagram.

So sweet kan! Percutian tersebut juga mendapat perhatian daripada penyanyi Indonesia Afgan yang turut meninggalkan komen pada salah satu foto yang dikongsi.

Menghabiskan masa bersama keluarga adalah sangat penting. Ingatlah, masa berlalu dengan pantas.

Orang putih kata “Cherish every moment and every person in your life, because you never know when it will be the last time you see someone.”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement