Connect with us

Hiburan

Sheila Abdull Kongsi Nama Unik Bayi Sulung!

Semoga anak ini membesar dengan sihat dan cantik, secantik namanya!

Published

on

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi Sheila Abdull yang popular menerusi lagu Mungkinkah satu ketika dahulu kan?

Baru-baru ini menerusi laman Instagram milik suaminya Ammar Habir yang juga merupakan komposer dan gitaris kumpulan Drama Band memaklumkan satu berita gembira.

Mereka berdua selamat menimang cahaya mata sulung yang juga seorang bayi perempuan pada Ahad lalu.

“Assalamualaikum. Saya dan isteri @sheilaabdull ingin kongsikan berita gembira kepada semua. Kami telah dikurniakan cahaya mata pertama kami yang dilahirkan dengan berat 4.08kg, pada Ahad 4:54 petang, 21 Julai 2019 tempoh hari.”

Dalam masa itu, Ammar yang teruja bergelar turut memanjatkan rasa syukurnya di atas kehadiran cahaya mata sulung ini.

Menurut Ammar, bayi berkenaan turut diberi nama Chempaka, namun tidak dapat dipastikan nama penuhnya buat masa ini.

“Saya dan isteri mengucapkan terima kasih atas doa dan berkat dari keluarga dan kenalan semua.”

Semoga baby Chempaka diberikan kesihatan yang baik dan dibesarkan menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.

Ammar dan Sheila mendirikan rumah tangga pada Disember 2016, selepas setahun mengikat tali pertunangan.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement