Semasa & Hiburan
Sharnaaz Ahmad Mahu Besarkan Anak Cara ‘Lama’ Supaya…
Semangat betul badan Jebat Jayden!
Setiap orang mempunyai kenangan masa kecil tersendiri.
Pelakon Sharnaaz Ahmad, 34, yang lahir pada tahun 1985 ada berkongsi foto anak lelakinya, Jebat Jayden sedang mandi sambil bermain paip air di hadapan rumah.
Foto unik itu sekaligus mengimbas kembali kenangan generasi yang lahir pada tahun 1980-1990 an apabila kebanyakkan mereka dipercayai turut memiliki kenangan sedemikian di saat kecil.
“Panas panas macam ni kalau main paip air depan rumah memang ngam.. mustahil budak budak 80-90 tak dak gambar bogel main paip air depan rumah.. ba akan cuba besarkan cek dgn cara lama.. supaya cek lebih menghargai apa yg mendatang..,” kata Sharnaaz.
Di zaman moden ini, proses pembesaran kanak-
Bagi Sharnaaz, dia sebolehnya mahu membesarkan Jebat dengan cara lama atau tradisi orang dulu-dulu agar anaknya itu lebih menghargai masa depan yang mendatang.
Untuk rekod, Sharnaaz telah berkahwin dengan Noor Nabila iaitu kakak kepada pengacara popular, Neelofa pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.