Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

“Setiap Kali Pulang, Saya Tak Boleh Peluk, Cium Anak” Luahan Sebenar Frontliner Hadapi Risiko Covid-19

Published

on


Banyak  pengorbanan yang kita semua saksikan akan mereka yang berada di barisan hadapan ini. Sepertinya, pihak berkuasa polis dan juga tentera bekerja keras dalam memastikan rakyat mematuhi undang-undang yang ditetapkan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakkan dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, mereka yang menjadi sebahagian pasukan yang ditugaskan untuk melakukan pembersihan di tempat-tempat awam juga tidak kurangnya menghadapi risiko akan terdedahnya diri kepada bahaya Covid-19.

Tidak lupa juga bagi mereka yang bertungkus-lumus dalam berusaha melaporkan berita dan maklumat yang sah kepada rakyat Malaysia bagi memastikan kita tidak ketinggalan akan situasi yang melanda negara.

Pengorbanan mereka yang berada di barisan hadapan ini juga sehinggakan ada yang turut menjadi mangsa wabak merbahaya ini dan ada pula yang terkorban dalam menjalankan tugas. Perasaan terhutang budi yang penulis rasakan ini hanya Tuhan saja yang tahu.

Foto:www.signaturemarket.co

Baca:“Aku Rindu Masakkan Mamaku”- ‘Frontliner’ Penat Dan Rindu Keluarga

Hari ini, penulis mahu kongsikan kepada anda luahan hati dan perasaan yang dihadapi oleh salah seorang frontliner yang ditugaskan dalam mengendalikan pesakit Covid-19.

“Setiap kali pulang, saya tak boleh peluk, cium anak”

Sebak, itulah yang boleh penulis katakan daripada perkongsian oleh seorang jururawat barisan hadapan yang mengendalikan pesakit COVID-19. Aliza binti Bukhari merupakan seorang jururawat yang masih bekerja di wad ICU Pusat Perubatan Universiti Malaya atau PPUM.

Aliza yang berusia 36 tahun itu kini sudah berkeluarga dan mempunyai cahaya mata yang masih lagi berada di bawah tanggungannya. Sebagai salah seorang jururawat yang ditugaskan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan untuk mengendalikan kes Covid-19, dirinya tabah menerima dan menjalani tugasannya itu dengan ikhlas.

Bermula dari bulan Mac, Aliza menyatakan pihak pekerjaanya telah dimaklumkan akan kehadiran pesakit yang terkena wabak merbahaya ini dan telah melakukan persiapan serta bersedia untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan merawat mangsa Covid-19.

Foto:sinarplus.sinarharian.com

Sudah tentu kerisauan melanda dirinya kerana wabak ini masih belum mempunyai penawarnya yang tepat. Siapa sahaja yang tidak takut? Walau bagaimanapun, langkah berjaga-jaga tetap diambil dan segala arahan SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia juga turut diikuti.

Aliza berkongsikan persiapan dan penyediaan yang harus dilakukan sebelum dan juga selepas bekerja, di mana meraka harus memakai uniform yang ditetapkan serta mandi sebelum dan juga selepas merawat pesakit Covid-19. Walau bagaimanapun, hatinya sebak apabila tidak dapat bergaul manja dengan keluarga dan hanya mampu meluahkan kata-kata sahaja. Langkah berjaga dan penjarakkan sosial adalah demi memastikan  tiada risiko jangkitan kepada yang tersayang.

“Saya tak boleh dengar suara mak saya”

Bukan setakat keluarganya sahaja yang terpaksa mengekalkan jarak. Namun, perkara yang sama juga dilakukan kepada orang tuanya. Aduh, bila sembang pasal ibu bapa ni siapalah yang tak tersentuh? Beliau tidak mampu mendengar suara ibunya di waktu beberapa minggu pertama dalam bertugas menjadi frontliner. Kerinduan sudah memang meninggi.

Rindu melihat wajah, rindu masakannya, rindu akan senyumannya. Dalam pada tidak sempat bertemu sebelum Perintah Kawalan Pergerakkan ini dijalankan, kini peluang itu pula semakin pudar dan sukar untuk dikecapi. Ditambah lagi dengan setiap hari menghadapi risiko terdedahnya kepada virus bahaya ini.

Foto:myinfokini.online

Beruntung sangatlah mereka yang masih mampu untuk bertemu dengan keluarga, mak ayah dan adik-beradik. Tiada siapa tahu siapa mangsa yang seterusnya!

Begitu juga frontliners yang lain dan apa yang membanggakan adalah mereka tetap meneruskan tugas dan juga tanggungjawab mereka demi membantu rakyat Malaysia daripada terus menjadi mangsa wabak merbahaya ini.

Semoga luahan ini membuka mata kita dalam menjadi lebih serius untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Ini juga demi menjaga kesihatan diri dan keselamatan nyawa masing-masing. Jika sayang, jaga jarak dan patuhi peraturan!

Perkongsian lebih terperinci  daripada beliau di sini.

 

 

 

 

Baca juga:

Raya Ketika PKPB, Apakah Hikmahnya?

Kos Rawatan RM 8000, Anak Sah Positif Kawasaki Terpaksa Makan Ubat Pesakit Jantung Dewasa

Jangan Mudah Terpedaya Dengan Doktor FB, Ambil Vitamin C Elak Covid

 

 

 

 

 

 

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement