Connect with us

Hiburan

Sesame Street Lancar Program Dalam Bahasa Arab

Semoga dapat melupakan dan menyembuhkan luka perang yang dialami..

Published

on

Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa (IRC) dan Sesame Workshop kini berganding bahu bagi melancarkan sebuah program khas untuk kanak-kanak pelarian.

Sesame Workshop bersama dengan IRC berbesar hati untuk memberi kanak-kanak di Syria, Jordan, Lubnan dan Iraq  berkembang menerusi versi tempatan (Arab) Sesame Street yang baharu.

Image result for sesame street arab

Mereka dalam satu kenyataan berharap rancangan berjudul Ahlan Simsim yang diterjemahkan sebagai Selamat Datang Sesame mampu membantu mereka menyembuhkan bekas luka perang yang dialami.

Menurut Sesame Workshop, Ahlan Simsim telah bermula sejak setahun setengah lalu dan musim pertama rancangan tersebut dijangka disiarkan di Timur Tengah pada Februari tahun depan.

Sesame Workshop dan IRC memenangi anugerah Yayasan MacArthur bernilai AS$100 juta (RM417 juta) pada tahun 2017 untuk inisiatif mereka yang melibatkan rancangan televisyen berbahasa Arab dan pembangunan perkhidmatan yang mendekati kanak-kanak pelarian secara langsung.

Penerbitan rancangan televisyen baharu itu sedang dirakamkan di Jordan yang merupakan tuan rumah kepada lebih 1 juta pelarian Syria

 

 

Sumber daripada: https://www.scarymommy.com/sesame-street-arabic-show-refugees/

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement