Connect with us

Gaya Hidup

Serai Ganti ‘Straw’ Plastik! Katanya Lebih Selamat Dan Bermanfaat Betul Ke?

Published

on


Dik mana straw? Abang nak minum macam mana…

Ramai di antara kita yang sudah terbiasa, apabila minum sahaja di mana-mana kedai atau restoran akan minta straw betul tak? Seperti mana yang anda tahu sudah umum penggunaan penyedut minuman plastik ini telah diberhentikan kerana ianya mengundang kesan buruk kepada masyarakat dan juga alam sekitar.

Kempen ini semakin lantang dilaungkan untuk menyedarkan setiap individu lebih bertanggungjawab dan tidak memandang enteng akan perkara ini. Selain menggunakan kertas atau besi, baru-baru ini cadangan daripada Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu telah dijalankan dengan menggunakan serai bagi menggantikan straw plastik.

Image result for serai ganti straw

Sumber: Hmetro 

Serai Buluh Sesuai Ganti Penyedut Minuman

Daripada 27 jenis tanaman serai, serai buluh dikatakan amat sesuai untuk dijadikan sebagai penyedut minuman. Alternatif ini sebagai permulaan yang akan aktif di semua kafe-kafe dan hopsital yang bakal digunakan sama ada orang ramai mahupun pesakit kerana ia adalah bahan semula jadi.

Apa yang lebih menarik, penggunaan serai ini dapat dimaksimumkan kerana terdapat dua lapisan, di mana lapisan luar digunakan sebagai straw dan isi dalamanya adalah bahan masakan seperti biasa.

 

Image result for serai as straw

Mengurangkan Penggunaan Plastik

Sebagai pencinta alam sekitar inisiatif serai ini amat bagus kerana ia bukan sahaja dapat menjaga kesihatan pengguna malah ia mampu mengurangkan penggunaan plastik.

Walaupun ianya dilihat sebagai idea yang baik, ada juga sesetengah netizen menyindir dan tidak senang dengan memberi komen di laman sosial mengatakan serai tersebut akan menghasilkan bau dan mengubah rasa minuman tersebut.

Kertas, besi mahupun serai yang dijadikan sebagai ganti penyedut minuman, matlamat utama yang harus kita fikirkan adalah demi menyelamatkan bumi daripada penggunaan plastik sekaligus menjaga dapat menjaga kesihatan orang ramai.

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Jom Periksa Buah Apa Yang Boleh Dimakan Dan Tidak Semasa Berpantang

3 Cara Paling Berkesan Untuk Membunuh Lalat Buah

 

 

 

 

 

 

Sumber: hmetro

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement