Connect with us
Webinar Kool

Semasa & Hiburan

“Seperti Ajak-Ajak Ayam”-Noraniza Idris

Noraniza tidak dijemput untuk menjayakan Konsert Karya Agung Pak Ngah?

Published

on

Penyanyi berpengalaman, Noraniza Idris menyifatkan isu bayaran bukanlah faktor utama kenapa dia tidak dijemput untuk menjayakan Konsert Karya Agung Pak Ngah, sebaliknya cara jemputan yang seperti ‘ajak-ajak ayam’.

“Isu bayaran itu sebenarnya bukanlah faktor utama. Saya mengenakan bayaran mengikut kesesuaian kerana saya bukanlah jenis yang berkira sangat lebih-lebih lagi, Allahyarham Pak Ngah antara yang banyak berbudi kepada saya.

“Namun, satu lagi isu ialah cara jemputan yang bagi saya seperti ‘ajak-ajak ayam’. Walaupun acara itu untuk tribute atau apa pun, biarlah jemputannya secara sepatutnya. Saya pun bukanlah artis baru,” katanya.

Noraniza bakal beraksi di Istana Budaya menjelang tahun depan.

“Walaupun tak dapat beraksi di Konsert Karya Agung Pak Ngah, Insya-Allah, akan ada satu persembahan saya di Istana Budaya menjelang tahun depan dan akan ada satu segmen khas tribute untuk allahyarham,” ujarnya lagi.

Konsert Karya Agung Pak Ngah akan berlangsung di Istana Budaya pada 14 dan 15 November, menampilkan barisan penyanyi hebat seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ernie Zakry, Syamel, Asmidar dan Roger.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement