Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Berita

Seorang Pelajar Dilarang Menaiki Kereta Api Gara-Gara Solekan 'Pelik'

Hanya disebabkan memakai pakaian dan solekan yang kelihatan seperti ala barat atau ‘gothic’, seorang pelajar universiti di Beijing dihalang daripada menaiki sistem kereta api bawah tanah di China. 

Published

on

Hanya disebabkan memakai pakaian dan solekan yang kelihatan seperti ala barat atau ‘gothic’, seorang pelajar universiti di Beijing dihalang daripada menaiki sistem kereta api bawah tanah di China.
Difahamkan, pelajar itu memakai gaun hitam panjang, gincu merah gelap serta pembayang mata ungu menyebabkan kakitangan di pusat pemeriksaan di stesen Xiaogang mengarahnya membuang solekan itu sebelum menaiki tren.
Ekoran kejadian itu, pelajar tersebut lantas menyuarakan rasa ketidakpuasan hatinya di laman Weibo.

“Pengawal keselamatan wanita berkata, solekan saya ‘bermasalah’ dan terlalu menakutkan serta menyuruh saya membersihkannya serta-merta.
“Saya rasa marah bercampur kelakar. Pada saya, solekan itu biasa saja. Mereka menyuruh saya membuang mekap, namun tiada air di situ,” katanya.

Katanya lagi, dia mencabar ‘peraturan’ itu di media sosial selain tidak mempedulikan pengawal itu dengan meneruskan perjalanan menaiki tren tanpa membuang solekan.

Gambar Hiasan
“Apa undang-undang yang memberi kamu hak untuk menghalang saya seterusnya membuang masa saya?” soalnya.

Selepas perkara itu mendapat perhatian ramai, perkhidmatan Metro Guangzhou memohon maaf secara terbuka kepada pelajar terbabit.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement