Connect with us
alt_img>

Berita

Seorang Lelaki Terperanjat Apabila Seekor Anjing Dibelinya Rupa-Rupanya…

Seorang lelaki di Beijing, China yang membeli seekor anak anjing berwarna hitam dengan harga murah terperanjat selepas mendapati haiwan dibelinya itu adalah sejenis tikus.

Published

on

Sejenis tikus buluh yang disangka seekor ‘anak anjing’

Seorang lelaki di Beijing, China yang membeli seekor anak anjing berwarna hitam dengan harga murah terperanjat selepas mendapati haiwan dibelinya itu adalah sejenis tikus.

Haiwan berkenaan yang pada mulanya berlari dengan gaya pelik  dan langsung tidak kelihatan seperti anjing telah mengundang tanda tanya pembeli tersebut.

Memiliki anggota badan yang sangat janggal iaitu dengan telinga besar dan kaki pendek, haiwan itu kemudian dikenal pasti sebagai tikus buluh, rodensia yang lazim ditemui di selatan China, Myanmar dan juga Vietnam.

Dalam pada itu, tikus itu juga mampu membesar sehingga 50 sentimeter dengan ekor sepanjang 20 sentimeter malah dijadikan makanan di China dan dijual di pasar.

Lelaki itu akhirnya menyerahkan haiwan berkenaan kepada orang lain gara-gara tidak tahu cara untuk menjaga  haiwan pelik yang menyerupai seekor tikus itu.

Sumber dari: Harian Metro

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement