Connect with us

Berita

Seorang individu positif Covid-19

Published

on


Oleh KHAIRUL MOHD ALI

JOHOR BAHRU – Seramai 1,137 individu telah memasuki negara ini melalui lima pintu masuk antarabangsa (PMA) yang terdapat di negeri ini, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, lima PMA itu adalah Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Jeti Stulang Laut, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pasir Gudang.

“Daripada jumlah itu, seramai 1,113 individu telah dibawa ke Malaysia Productivity Corporation (MPC) bagi tujuan saringan kesihatan.

“Hasil saringan kesihatan di MPC, seorang warganegara dikesan positif Covid-19 dan telah di hantar ke Hospital Kluang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Vidyananthan turut memberitahu, Pasukan Khas Operasi Pematuhan yang ditubuhkan telah membuat pemeriksaan di 3,860 buah premis namun tiada tangkapan dibuat atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Jumlah pegawai dan anggota terlibat dalam operasi yang dijalankan semalam seramai 3,310 orang melibatkan agensi seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan polis bantuan,” ujarnya.

Sementara itu, kerajaan negeri menerusi APM telah menyediakan beberapa buah hotel untuk dijadikan stesen kuarantin di Johor Bahru.

Tambah Vidyananthan, Hotel Ramada merupakan stesen kuarantin pertama yang dibuka di Johor Bahru bermula hari ini.

Sehingga semalam, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Johor kekal sebanyak 718 kes dimana 19 daripadanya merupakan kes aktif.-K! ONLINE

The post Seorang individu positif Covid-19 appeared first on Kosmo Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement