Connect with us

Hiburan

“Senyuman Dan Tenungan Mak Pada Diana Dalam Penuh Makna, Rupa-Rupanya Mak Nak Tinggalkan Diana Selama-Lamanya”- Diana Rafar

Pelakon dan penyanyi, Diana Rafar menerusi laman Instagramnya meluahkan rasa sedih terhadap arwah ibunya,Rasimah Abd Rahman yang telah menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat lalu.

Published

on

Pelakon dan penyanyi, Diana Rafar menerusi laman Instagramnya meluahkan rasa sedih terhadap arwah ibunya,Rasimah Abd Rahman yang telah menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat lalu.

“Selamat tinggal mak… semoga mak tenang happy kat sana ya.. adik tau mati tu pasti , kita semua akan pergi tapi boleh ke nak terus kan hidup tanpa mak… rindu mak sangat ni ya Allah sehari tak jumpa pun… tercari2 apatah lagi nk berpisah selama lama nya… ya Allah ajar aku erti redha… kuat kan adik beradik ku semua… ” tulisnya di laman Instagram.

Sebelum ini, Rasimah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital akibat jangkitan serangga dan tangan kirinya terpaksa dipotong susulan komplikasi berkenaan yang sudah merebak ke dalam darah.

Dalam pada itu, Diana juga sempat berkongsi sebuah video sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, dimana kelihatan ibunya merenung tajam ke dalam raut wajah Diana dan video tersebut telah menyentuh hati rata-rata netizen yang menontonnya.

“Senyuman dan tenungan mak pada diana dalam penuh makna..rupanya mak nk tinggal kan diana selama lamanya…” ujarnya.

Diana yang juga merupakan adik kepada penyanyi dan pelakon, Linda Rafar  turut berterima kasih kepada semua yang selama ini sentiasa mendoakan dan mengambil berat terhadapnya dan juga keluarga.

“Terima kasih semua doakan mak diana , terima kasih bagi kata-kata semangat … terima kasih tak putus ambik berat kat keluarga kami .. mashaallah… semoga roh mak dikalangan orang beriman amin ya Allah.” katanya lagi.

Semoga Diana sekeluarga tabah menghadapi ujian ini dan semoga arwah tenang di sana. Al-Fatihah

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement