Connect with us
alt_img>

Donna

Senarai Ikan Yang Boleh Dimakan Ketika Berpantang

Resipi makanan ketika berpantang selepas melahirkan si comel adalah perkara yang perlu dititikberat oleh para ibu terutama kepada yang baru saja melalui fasa ini.

Published

on

Resipi makanan ketika berpantang selepas melahirkan si comel adalah perkara yang perlu dititikberat oleh para ibu terutama kepada yang baru saja melalui fasa ini.
Biasanya makanan yang selalu diberi atau dimasak buat wanita yang sedang berpantang adalah ikan. Tapi hati-hati, bukan semua ikan boleh dimakan ya. Silap pilih ikan nanti boleh terkena alahan pula.
Kali ini Donna akan kongsikan beberapa jenis ikan dan menu masakan khas buat para ibu yang berpantang. Lepas ini tidaklah rasa bosan bila melalui tempoh berpantang, ihiks!

Ikan Haruan

Ikan haruan sangat popular untuk dijadikan pilihan sajian sepanjang tempoh berpantang. Malah, ikan haruan dipercayai mempunyai khasiat dan zat dalam membantu menyembuhkan luka dalaman serta luaran.
Rasa isinya sedap seperti lemak-lemak manis. Antara menu yang boleh dimasak adalah sup ikan haruan atau ikan haruan bakar. Jangan sesekali menggoreng!

Sumber: tazkirah daily

Jenahak

Ikan Jenahak hidup di paya bakau, muara dan air tawar. Ikan ini agak sukar untuk didapati jadi, ia agak mahal berbanding ikan yang lain. Antara menu hidangan ketika berpantang adalah sup ikan.

Sumber: kenalilautkita

Ikan Tenggiri

Ikan Tenggiri khasiatnya adalah untuk memberi tenaga dan memberi zat kepada ibu yang menyusukan si manja. Antara menu untuk hidangan ini adalah singgang ikan tenggiri.

Sumber: rumahmesin.com
Kepada yang tidak tahu cara memasak singgang, jangan risau! Donna kongsikan cara memasaknya.
Bahan-bahan
Ikan tenggiri dipotong 3 keping besar
3 ulas bawang putih – diketuk dan dihiris
2 cm lengkuas – dihiris nipis
2 cm kunyit hidup – dihiris nipis
3 keping asam gelugur
4 cawan air
garam secukup rasa

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
3. Masakkan hingga kuah mendidih.
4. Sedia untuk dihidang.
Sedap makan dengan nasi lembut dan masih panas.
Nak tahu lebih lanjut? Klik sini
Penulis: Donna

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement