Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Senarai 7 Tabung Yang Anda Wajib Ada Untuk Mencapai Matlamat Kewangan

Jaminan masa depan!

Published

on

Melabur dan merancang kewangan ialah perkara yang perlu dianggap serius dalam kehidupan seseorang untuk memastikan anda dapat membina kehidupan yang terjamin.

Melalui perancangan kewangan, anda akan dapat mengenal pasti cara membuat belanjawan, menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa tertentu.

Selain itu, ia juga sebagai panduan untuk membantu anda mencapai sesuatu matlamat pada masa hadapan.

Menerusi laman Twitter baru-baru ini, saudara Adli Ishak seorang penasihat kewangan telah berkongsi beberapa senarai tabung yang wajib ada oleh seseorang untuk matlamat kewangan:-

1) ASB

Penasihat kewangan berkenaan menasihati orang ramai agar menyimpan emergency fund. Untuk yang bekerja, 3 ke 6 bulan gaji atau belanja sudah memadai. Untuk yang mempunyai perniagaan sendiri, 1 tahun. Jika anda mengambil ASB financing pun tiada masalah. Target untuk long term ataupun retirement fund anda.

2) Tabung Haji

Tabung kedua yang wajib anda ada ialah TH untuk anda tunaikan haji nanti. Jika boleh, deposit RM1.3k terus dan daftar haji. Biarkan RM1.3k itu compound sampai anda dapat pergi haji nanti.

3) Unit Trust

Tabung Unit Trust pula tabung untuk anda gandakan kekayaan anda (wealth creation). Dah cukup ASB dan Tabung Haji, boleh mula berjinak jinak dengan Unit Trust. Penasihat kewangan itu mencadangkan sekurang-kurangnya 50% asset anda letak di medium risk instrument.

4) Exchange Traded Fund (ETF)

Fungsi Tabung ETF sama macam Unit Trust, buka satu akaun ETF untuk wealth creation. Boleh gunakan service robo-advisors yang ada seperti WahedInvest, Stashaway atau MyTheo.
[enasihat kewangan itu memberi cadangan supaya meletakkan 50:50 dengan Unit Trust untuk diversify.

5) Emas

Tabung Emas pula sebagai Tabung safe heaven. Tabung di mana anda simpan di kala market atau financial crisis. Kegunaan Tabung Emas ni ialah untuk preserve wealth dan hedging tools.
Cukup dengan digital akaun, tak perlu emas fizikal.

6) Private Retirement Scheme (PRS)

Jika anda rasa banyak sangat bayar tax, boleh buka akaun PRS. Tax relief RM3k setahun. Selain dapat tax relief, dapat tambah tabung persaraan anda. Jangan bergantung semata mata dengan EPF, takut tak cukup kelak.

7) SSPN

Untuk yang dah ada anak, bukalah Tabung pendidikan di SSPN. Low risk, low cost, ada takaful dan benefit from tax relief. Kalau rasa tidak membawa kelebihan dari tax relief, boleh guna instrument lain yang boleh memberikan return tinggi.

 

Selamat mencuba!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement