Connect with us

Hiburan

“Semurah rm10!!!” – Zizie Izette Buktikan Bijak Berbelanja Baju Anak

Baju RM10 pun kalau cantik, why not kan? Salute lah Zizie!

Published

on

Barangan dari jenama mewah tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan para selebriti yang ingin menunjukkan identiti dan gaya hidup mereka.

Namun, tidak bagi pelakon Datin Zizie Izette, yang besederhana dalam berbelanja baju anak-anak.

Menerusi laman Instagram miliknya, Zizie, 40, membuktikan jenama bukan menjadi keutamaan sebaliknya menitikberatkan kekemasan, rapi dan cukup sekadar cantik dipandang.

“So guys, I just want to share with u kedai murah yg I belikan utk anak2 dan pernah dipakai pun dlm post2 saya di IG sebelum ni. Ha ni lah dia, kedai di Melawati Mall level 2.
Semurah rm10!!! 😱😱😱 Saya x propa tau bila saya kata anak2 mmg ada pakai baju rm10.
✌️😂😝 #ilovebeingreal #honestyisthebestpolicy,” tulisnya.

Kakak kepada aktor Shahiezy Sam itu langsung tidak cerewet soal harga apabila baju yang bernilai RM10 pun tetap dibelinya, asalkan cantik.

Lantas, rata-rata pengikut di media sosial bersetuju dengan pendapat Zizie dan memuji sikap rendah diri isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin itu.

Zizie dan suami dikurniakan cahaya mata kembar lelaki, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette yang kini berusia 2 tahun, seorang anak perempuan, Aalisa Belle Izette, lapan bulan serta dua orang anak angkat.

View this post on Instagram

Aadam & Aaleph. . If you think my hands are full, you should see my heart.

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on

View this post on Instagram

🌈☀️🦄🦋💖 . My all of the above!!

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement