Connect with us

Berita

Semua Lorong Tambah Nilai Ditutup

Semua lorong tambah nilai ditutup sempena Tahun Baru Cina untuk mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh pelanggan beratur di lorong tambah nilai di plaza tol.

Published

on

Bagi membantu melancarkan lagi pergerakan trafik pada cuti perayaan Tahun Baharu Cina  yang akan datang, PLUS akan menutup semua Lorong Tambah Nilai di plaza tol.
Sepertimana dilaksanakan pada setiap musim perayaan, ia untuk mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh pelanggan beratur di lorong tambah nilai di plaza tol.
Kesemua 82 Lorong Tambah Nilai di plaza tol di lebuh raya PLUS akan ditutup kepada pelanggan mulai 31 Januari hingga 11 Februari 2019.
Pelanggan dinasihat menambah nilai kad masing-masing di kira-kira 10,000 lokasi tambah nilai lain di seluruh negara.
Lokasi tambah nilai:
  • Mesin ATM,
  • Kedai serbaneka 24-jam,
  • Stesen-stesen minyak
  • Kiosk Layan Diri (di plaza tol dan R&R terpilih)
Klik pautan ini untuk senarai lokasi tambah nilai:
https://www.touchngo.com.my/CMS/Personal/TNG-Reload/No-Reload-Fee/
Pastikan baki kad anda mencukupi menjelang  perayaan Tahun Baharu Cina ini.
Jika tiada kad PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go , orang ramai juga boleh menggunakan MyKad masing-masing untuk transaksi tol.
Hanya memasukkan tambah nilai pada MyKad masing-masing sebelum ia boleh digunakan untuk membayar tol dan transaksi perkhidmatan lain seperti bas, LRT, parkir dan sebagainya.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement