Connect with us

Semasa & Hiburan

Sempena Tahun Baru, Ini Nasihat Daripada Sarah Hildebrand

Betul tu..

Published

on

Normal buat setiap individu apabila tiba tiba tahun baru, rata-rata akan meninggalkan perkara yang tidak baik dan berazam untuk berubah ke arah kebaikan.

Contohnya jika pada tahun lepas seseorang itu perokok tegar, mungkin pada tahun hadapannya dia mahu berhenti dan berazam untuk menolong orang lain bagi merealisasikan azam yang sama seperti individu terbabit.

Lain pula buat pelakon dan model Sarah Hildebrand yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya Otto Gillen.

Sarah menerusi laman Instagram miliknya menyatakan sepotong nasihat yang mampu memberi kesan buat pengikutnya dan orang lain.

“Padam, unfollow, unfriend, block, dan jauhkan diri anda dari sesiapa pun dan apa sahaja yang merampas anda dari kedamaian, cinta, dan kebahagiaan anda.”

“Bukan hanya pada media sosial, tetapi juga dalam kehidupan sebenar. Anda tidak perlu berada di sekitar orang yang tidak melihat dan menghargai nilai anda.”

Rata-rata bersetuju selain memberi respon yang baik dengan perkara yang dinyatakan model yang popular menerusi iklan televisyen sebuah produk kecantikan itu.

Sarah Hildebrand telah selamat diijabkabul dengan lelaki kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen pada 3 November lalu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement