Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

“Semoga Saya Terus Istiqamah”- Hannah Delisha Kini Berhijab

Alhamdulilah!

Published

on

Alhamdulillah, terdahulu seorang pelakon terkenal iaitu Kilafairy berkongsi kepada umum dirinya telah berhijrah. Terbaru, pelakon dan duta produk, Hannah Delisha pula mengumumkan berita gembira ini dengan memuat naik gambar berhijab dengan kapsyen bertulis,

“Bismillah” di laman sosial Instagram nya semalam.

View this post on Instagram

Bismillah🤍

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha) on

Hannah turut berkongsi bahawa dia sudah lama menyimpan niat untuk berhijab sejak Ramadan lalu. Alhamdulillah dengan izin Allah, Hannah kini berhijab sepenuhnya.

“Jika ikutkan, saya sudah berniat mahu memakai hijab sejak Ramadan lalu. Bagaimanapun, disebabkan terikat dengan komitmen drama Cinta Sekali Lagi, niat berhijrah terpaksa ditangguhkan dahulu.

Turut meluahkan, Hannah berkata jiwanya semakin tenang apabila menutup aurat. Dia hanya menunaikan tanggungjawab sebagai wanita Islam dan menafikan kononnya dia bertudung kerana bakal berkahwin.

“Saya hanya menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT. Dalam hidup, kena sentiasa berubah dan memperbaiki kekurangan diri. Saya mahu menjadi muslimah yang baik. Insya-Allah.

“Tidak, saya bertudung bukan sebab mahu kahwin,” katanya.

Hannah turut mengucapkan terima kasih atas doa yang diberikan terhadapnya.

“Thank you all for your kind dua’a. My dua’a, may Allah bless you with endless happiness and keep us steadfast on the path of Imaan” 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement