Connect with us
Salam Aidilfitri

Semasa & Hiburan

“Semoga Mereka Yang Ada Anak Autism Terus Tabah Dan Kuat” – Zarina Zainuddin

Selamat Hari Autism Sedunia!

Published

on

Umum mengetahui pelakon Zarina Zainuddin sering berkongsi perkembangan dua anak kembar lelakinya di Instagram yang menghidap Autism iaitu Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil).

Autism adalah gangguan fungsi otak dan saraf serius dan kompleks yang memengaruhi perilaku dan proses berfikir manusia.

Sempena Hari Autism Sedunia yang disambut pada 2 April setiap tahun, Zarina menitipkan ucapan buat mereka yang juga mempunyai anak Autism sepertinya.

Perkara itu dikongsikan di laman Instagram miliknya menerusi satu video memaparkan gelagat anaknya, Azil yang keluar membeli surat khabar dalam keadaan basah kuyup akibat terkena hujan.

View this post on Instagram

Selamat hari Autism Sedunia Tak tahu nak cakap apa dah Semuga mereka yang ada anak anak autism terus tabah dan kuat ❤️ #autism #autismawareness #azilazal

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

“Selamat hari Autism Sedunia
Tak tahu nak cakap apa dah
Semuga mereka yang ada anak anak autism terus tabah dan kuat ❤️
#autism#autismawareness#azilazal,” tulisnya.

Semoga Zarina juga terus tabah dan kuat membesarkan anak-anak kesayangannya.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement