Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Semoga Ada Jodoh Saya” – Sherry Ibrahim

AMIN…Semoga jodoh yang terbaik buat Sherry.

Published

on

Pejam celik-pejam celik kita dah nak sampai ke penguhujung tahun 2019.

Seperti kebiasaannya, setiap individu akan memikirkan azam baharu untuk menyambut tahun berikutnya.

Begitu juga buat pelakon cantik manis, Sherry Ibrahim yang menyimpan seribu satu impian dan cita-cita untuk tahun 2020 yang bakal berkunjung tiba.

Perkara itu dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.

View this post on Instagram

😽 DOAKAN YER hik! 🤲🏻 Sebagai penutup, menjelang tahun dan dekad baru mendatang ini, kami tanya kepada Sherry tentang harapannya untuk tahun 2020. Kata Sherry sambil ketawa kecil, “Dulu saya ingatkan tahun 2020 itu seperti tahun dunia berakhir tapi sedar-sedar 2020 sebentar sahaja lagi! Janganlah dunia berakhir. Masih banyak impian yang belum saya capai. “Tentulah saya mahu semua semua perniagaan saya maju, baik jenama tudung mahupun salun. Saya mahu single saya meletup. Saya perlukan satu single yang hit! Dan yang paling penting, saya mahu berkahwin. Bukan settle down ya, tapi move on kepada fasa seterusnya. Sebenarnya saya happy dengan keadaan sekarang tetapi kadang-kadang kita kena ada hope. Tak mahu jugalah kalau hope sahaja tapi tak jadi apa-apa. Jadi kalau boleh tahun depan saya mahu berkahwin dan memulakan keluarga sendiri. Semoga ada jodoh saya.”♥️ #Doakan #SherryIbrahim #khatulistiwaHairSpa . www.mysalamtoday.com

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on

Difahamkan, azam yang paling utama buat Sherry pada tahun hadapan ialah dia mahu segera mendirikan rumah tangga dan memiliki keluarga sendiri.

Biarpun pernah gagal dalam percintaan bersama aktor, Fattah Amin suatu ketika dahulu tidak bermakna ia nokhtah dalam kehidupan.

Lantas, perkongsian Sherry itu dihujani pelbagai reaksi di ruangan komen dengan rata-rata peminat berharap impiannya tercapai serta turut mendoakan kebahagiannya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement