Connect with us
Webinar Kool

Semasa & Hiburan

Semangat Kuat Ardell Aryana

Semoga Ardell diberi kekuatan dan sihat selalu…

Published

on

Perasaan bakal mendapat cahaya mata pertama dan bergelar ibu bapa semestinya tidak dapat diungkapkan kerana ia begitu indah.

Itulah yang dilalui pasangan selebriti, Nadzmi Adhwa, 28, dan Ardell Aryana, 30, yang akan menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Pada 20 Februari lalu, Nadzmi menerusi laman Instagram miliknya ada memuat naik video pendek Ardell yang kini semakin sarat hamil.

View this post on Instagram

Doctor kata bila bila masa je dia boleh pengsan even waktu dia duduk sahaja , pun boleh pengsan. Doctor suruh bawa kerusi roda kalau keluar tapi degil 😪 Come on sayang you can do it 😘 Dia selalu cabar diri dia jalan kaki 2KM lebih sehari kuat betul semangat dia ni .Tapi tak tercapai 😉 Takpe sayang cuba lagi cuba lagi dan cuba lagi !!! 💪🏻🙂 awak boleh ! You are one of the strongest women ive meet since we were still best friend years ago ☺️ @ardellaryana

A post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on

Difahamkan, pasangan itu keluar membeli belah bersama pada Khamis tetapi Ardell begitu gigih untuk berjalan walaupun hampir pengsan kerana kepenatan.

Kata Nadzmi, doktor menasihatkan isterinya itu untuk menggunakan kerusi roda setiap kali keluar rumah, tetapi Ardell berdegil.

Sebaliknya, pelakon drama Baby Ana Milik Siapa itu mencabar dirinya untuk berjalan kaki sejauh 2 kilometer (km) setiap hari.

Lantas, semangat kuat Ardell yang kini hamil 6 bulan menerima pujian daripada suami serta peminat selain mereka turut memberi sokongan kepadanya.

Nadzmi dan Ardell telah mendirikan rumah tangga pada 1 September tahun lalu selepas 8 tahun berkenalan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement