Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Berita

Selepas Semporna, Tawau Jadi Yang Kedua!

Setiap pesalah juga diwajibkan pakai jaket yang tertera gambar dan perkataan Gorila, Kutu Sampah dan Kerja Amal

Published

on

Tawau menjadi daerah kedua melaksanakan kaedah hukuman pemakaian jaket khas dan kerja amal mengutip sampah terhadap individu yang didapati membuang sampah merata-rata, selepas Semporna.

Melalui Op Payung Bersepadu, individu yang membuang sampah merata-rata akan didenda minimum RM50 sehingga RM500.

Malah, setiap pesalah juga diwajibkan memakai jaket yang tertera gambar dan perkataan Gorila, Kutu Sampah dan Kerja Amal selain perlu menjalani denda mengutip sampah selama sejam.

Foto Berita Harian

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata sebagai permulaan hukuman itu akan dikuatkuasa pada bulan Ogos.

“Bagaimanapun, selepas tamat tempoh ini, Ops Payung Bersepadu akan diperluaskan ke beberapa kawasan lain dan bukan hanya terhad di Tamu Ahad Sabindo (TAS).”

Beliau berkata, sepanjang operasi itu, pasukan penguatkuasa dari pelbagai agensi Persekutuan dan negeri akan ditempatkan di lokasi tertentu bagi mengenalpasti individu yang membuang sampah sesuka hati.

“Ini juga bagi membantu Majlis Perbandaran Tawau menguatkuasakan undang-undang kecil anti kutu sampah.”

Sumber : Berita Harian

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement