Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Selepas Hanya 24 Jam, Followers Jennifer Aniston Lebih 10 Juta!

Gambar pertama dimuatnaik memang istimewa!

Published

on

Pelakon Jennifer Aniston mengumumkan telah membuka akaun Instagram dan peminat mula mengikuti akaun media sosial pelakon itu.

Gambar pertama yang dimuatnaik oleh pelakon siri FRIENDS itu telah mendapat lebih 11.5 juta tanda suka atau “likes”.

Lebih istimewa, gambar pertama Jennifer itu memberi penghormatan kepada siri FRIENDS dengan mengumpulkan keenam-enam pelakon siri televisyen popular itu. Reunion!

Dalam tempoh kurang 48 jam, Jennifer Aniston mempunyai lebih 10 juta followers dan telah memuat naik sekeping gambar serta satu video.

Bilangan followers juga semakin menunjukkan peningkatan setiap kali Instagramnya dikemaskini.

Terbaru, selepas 25 tahun berakhirnya siri FRIENDS, Jennifer terlibat dengan satu lagi siri televisyen berjudul The Morning Show.

Siri itu yang bakal ditayangkan bermula 1 November di AppleTV+ turut dibintangi Reese Witherspoon dan Steve Carrell.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement