Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Selepas Enam Tahun, Enot Buat Come Back

Siapa masih ingat pada pelakon dan pelawak terkenal, Enot?

Published

on

Siapa masih ingat pada pelakon dan pelawak terkenal, Enot?


Untuk pengetahuan, Enot begitu popular suatu ketika dahulu melalui drama-drama melayu di kaca tv dan salah satunya menerusi drama Mat Despatch.
Namun, bidang lakonannya terhenti setelah mengetahui dirinya menderita kanser usus pada 2013.
Baru-baru ini, Enot menerusi laman Instagram tampil memberitahu bahawa penyakit kansernya sudah tiga tahun pulih dan keadaan kesihatannya semakin baik.

Ini selepas ada pihak yang salah faham dengan posting gambar dirinya yang dalam keadaan sakit.

“Maaf ya, gambar yang saya post sebelum ini itu adalah gambar throwback (imbas kembali) saya masa sakit dan bukannya saya makin sakit.


“Saya dah sihat. Alhamdulillah. Saya dah sihat dan aktif berlakon balik. Jadi jangan risau okay, cuma doakan saya makin kuat ,sihat, berjaya, bahagia dan kaya” tulisnya di Instagram.

Alhamdulillah. Tak sabar nak tunggu kemunculan semula Enot di kaca tv!

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement