Connect with us

Hiburan

Selepas 8 Tahun, Jamal Rancang Album Solo!

Wah, peminat mesti tak sabar kan?

Published

on

Penyanyi yang digelar sebagai Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah mempunyai perancangan untuk menghasilkan album solo selepas lapan tahun tiada buah tangan baru.

“Buat permulaan, saya merancang untuk memberi nafas baru rangkaian lagu lama yang pernah dihasilkan pada era 80-an dan 90-an.

“Malah, saya juga memiliki banyak rangkaian lagu lebih 50 hingga 60 lagu yang tidak dinyanyikan di pentas persembahan sebelum ini. Ia tidak termasuk lagu yang sudah popular seperti Kekasih Awal dan Akhir yang malar segar sampai sekarang,” katanya.

Semua tahu Jamal memiliki vokal yang hebat dan kebanyakkan lagunya tidak pernah pudar dan masih popular sehingga kini.

Oleh itu, Jamal mengalu-alukan mana-mana penggubah lagu yang berminat untuk bekerjasama dengannya memberi sentuhan nafas baru terhadap lagu lama terbabit.

“Saya mahu lagu lama itu diubah menjadi kontemporari dan sesuai dengan trend muzik sekarang.

“Mana-mana komposer atau penggubah lagu yang berminat diminta menghubungi saya dengan segera,” ujar Jamal.

Kali terakhir Jamal muncul dengan album solo ialah menerusi Raja Pop 2 yang diterbitkan syarikatnya sendiri pada 2011.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement