Connect with us
alt_img>

Hiburan

Selepas 25 Tahun, Siri FRIENDS Tetap Di Hati. Ini Sebabnya!

Setiap pelakon dapat USD1 juta untuk satu episod?

Published

on

Siapa yang lahir pada tahun 80 an mesti mengenali Rachel, Joey Ross, Monica, Phoebe dan Chandler, dalam siri televisyen popular FRIENDS.

Tahukah anda, episod terakhir FRIENDS disiarkan 15 tahun lalu ?

Bermula pada tahun 1994, FRIENDS tamat pada May 2004, selepas 10 musim bersiaran, dengan 236 episod secara keseluruhan.

Sejak daripada itu, siri FRIENDS kerap diulang tayang di kaca televisyen, dan peminat program ini akan tetap menonton episod- episod kegemaran masing masing, dan menjadi tontonan wajib, sama ada bersama rakan-rakan, atau ditonton sebelum tidur, atau apabila inginkan sedikit hiburan sewaktu dalam kesedihan.

Siri ini dibintangi Jennifer Aniston, Courtney Cox, Lisa Kudrow, David Schwimmer, Matthew Perry dan Matt LeBlanc .

Fakta: Setiap pelakon dibayar $US22,500 untuk satu episod sehingga musim kesembilan program ini pada 2002. Bayaran mereka dinaikkan kepada $US1 juta buat setiap pelakon untuk setiap episod seterusnya selepas itu.

Selepas lebih 2 dekad, FRIENDS masih lagi menjadi kegemaran ramai peminat.

Rahsianya:

Pelakon-pelakon hebat, gandingan yang tepat, elemen komedi yang ringan dan dekat di hati, lakonan yang berkesan, dan rangkaian televisyen yang terus menyiarkan siri ini.

Ini antara babak-babak menarik dan lucu dalam siri FRIENDS:
1. Joey dan Chandler berebut sofa!

2. Cubaan kawan-kawan Rachel menyembunyikan ibu-bapanya…

3. Chandler “bantu” Monica selepas digigit obor obor. Ewww!

4. Game “apartment”!

5. Cubaan mendapatkan balik apartment masing-masing!

6. Sandwich Ross!

7. PIVOT!

8. Gigi Ross yang “glow in the dark”!

9. Ross buat semburan tan!

10. Joey bercakap bahasa Perancis

11. Chandler dan housemate Eddie

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement