Connect with us

Hiburan

Selepas 18 Tahun, Azharina Akhirnya…

Azharina binti Azhar atau lebih dikenali sebagai Azharina merupakan seorang penyanyi pop Malaysia yang memulakan kerjaya seninya sejak 2001.

Published

on

Azharina binti Azhar atau lebih dikenali sebagai Azharina merupakan seorang penyanyi pop Malaysia yang memulakan kerjaya seninya sejak 2001.

Popular melalui lagu ‘Elegi Sepi’, penyanyi ini akhirnya bakal mengadakan sebuah konsert sulungnya, iaitu Konsert Azharina Queen of Soul selepas 18 tahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air.

Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Sabah ini juga meletak harapan tinggi kepada peminat serta berjanji akan memberikan persembahan yang meninggalkan kenangan manis buat mereka semua yang hadir.

“Saya akan pastikan stamina cukup untuk menjayakan konsert itu kelak,” katanya lagi.

Bercerita mengenai persiapan menjelang konsert itu pula, Azharina mengamalkan diet cecair sebagai usaha meningkatkan stamina dan penampilan sebelum konsert solo tersebut.

Untuk pengetahuan, Azharina bakal menyelitkan elemen kejutan pada acara itu nanti bagi menyuntik kelainan sepanjang persembahannya selain menyaksikan dia menyampaikan 15 buah lagu selama 2 jam.

All the best Azharina!

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement