Connect with us
On Air Di Kool

Berita

Selangor Benarkan Makan Dalam Restoran Bermula 13 Mei 2020

Sila patuh dan jaga penjarakan sosial anda.

Published

on

Bermula 13 Mei, kerajaan negeri Selangor membenarkan restoran dan kedai makan beroperasi sepenuhnya termasuk makan di dalam premis.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata masa yang dibenarkan ialah antara jam 7 pagi hingga 10 malam.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat diadakan bersama Datuk Bandar, Yang Di-Pertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pegawai daerah.

“Kerajaan negeri akan membenarkan pengoperasian sepenuhnya restoran, medan selera, gerai berbumbung dan kiosk, termasuk untuk aktiviti makan dan minum dalam premis dari jam 7 pagi hingga 10 malam.

“Ia bagaimanapun tertakluk kepada pematuhan penjarakan sosial. Namun, membuka meja di kawasan kaki lima dan parkir tidak dibenarkan,” katanya.

 

Bagi penjaja makanan dalam kategori tidak berpremis seperti trak makanan dan penjaja tepi jalan, mereka boleh mula beroperasi dari jam 8 pagi hingga 10 malam, namun terhad kepada pandu lalu, bungkus dan penghantaran sahaja.

Rakyat Selangor juga dibenarkan melakukan aktiviti memancing bermula pada jam 7 pagi hingga 7 malam.

Sumber daripada: Berita Harian

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement