Connect with us
On Air Di Kool

Berita

Selamat Kembali Ke Sekolah! Guru-Guru Jom Patuhi Panduan Ini

Ada yang teruja tak?

Published

on

Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia belum mengumumkan tarikh pembukaan sekolah dan hanya akan memaklumkannya sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sekolah dibuka, Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah telah pun dikeluarkan pada 4 Jun 2020.

Antaranya termasuklah saringan demam, batuk, selesema, sakit tekak dan sesak nafas perlu dilakukan terhadap murid, guru dan kakitangan di pintu masuk sekolah sebelum sesi persekolahan bermula setiap hari.

SOP baharu pelajar sekolah | Harian Metro

Bagaimanapun, khas buat guru-guru, mereka adalah individu penting yang perlu memastikan kebajikan anak-anak murid dan pelajar terjaga. Ini beberapa garis panduan yang telah ditetapkan:-

1. Jika suhu badan melebihi 37.5 darjah celsius atau bergejala, mereka tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.
2. Saringan perlu dilakukan dalam kawasan sekolah berhampiran dengan pintu masuk utama jika laluan masuk ke sekolah sempit atau berhampiran dengan jalan utama bagi mengelakkan kesesakan dan ketidakpatuhan kepada penjarakan sosial.
3. Pastikan masa senggang diperuntukkan bagi pengambilan suhu badan murid yang berjalan kaki atau berbasikal ke sekolah.
4. Pentadbiran sekolah perlu melantik guru bertugas untuk mengawal pergerakan murid di pintu masuk utama sekolah semasa tiba dan pulang, memeriksa suhu badan murid dan mengawal pergerakan murid semasa rehat.
5. Pentadbiran sekolah perlu memastikan susunan meja bagi setiap kelas mesti berada dalam jarak satu meter antara satu sama lain. Sekiranya bilangan murid melebihi kapasiti meja yang disediakan, lebihan murid perlu ditempatkan di kelas yang lain.

Waktu rehat berperingkat, makan dalam kelas dan pemeriksaan suhu ...

6. Pengusaha kantin hanya menyediakan makanan berbungkus. Penggunaan kerusi, meja dan ruang makan di kantin tidak dibenarkan selain memastikan murid makan dalam bilik pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bawah seliaan guru pada waktu rehat.

Cikgu Aisah: Kantin Sekolah...

7. Pentadbiran sekolah perlu memastikan murid yang makan di dewan makan asrama pada waktu rehat dalam makluman guru bertugas.
8. Kehadiran murid ke sekolah secara berfasa dimulai dengan mereka yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) termasuk Murid Berkeperluan Khas (MBK).
9. Murid lain tidak perlu hadir ke sekolah dan kekal meneruskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di rumah sehingga KPM mengeluarkan pemakluman lanjut.
10. Waktu persekolahan boleh dilaksanakan secara berperingkat selepas mendapat kelulusan pendaftar negeri.
11. Perhimpunan sekolah dan aktiviti lain membabitkan murid, guru atau warga sekolah berkumpul secara beramai-ramai tidak dibenarkan.
12. Pentadbir mesti memberikan fokus kepada lima aspek dalam pengurusan sekolah, iaitu pengurusan prasarana, keselamatan murid, guru dan warga sekolah, PdP, peranan ibu bapa dan penjaga serta pengurusan asrama.

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement