Connect with us
Kool FM

Berita

Selamat Hari Telekomunikasi! Ikuti Cara Mengesahkan Sesebuah Info

Tidak pasti, jangan kongsi!

Published

on

Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia sebenranya disambut pada 17 Mei setiap tahun.

Pada tahun 2020, ia bertemakan Connect 2030: ICT for Sustainable Development Goals, yang memberi fokus kepada kemajuan dan kemunculan trend baharu ICT sebagai pemangkin pembangunan pintar dan mampan selain memelihara ekonomi, alam sekitar dan sosial.

Menurut pihak MCMC, mereka amat komited untuk memastikan masyarakat di Malaysia untuk terus terhubung dan berupaya memperoleh faedah daripada kesalinghubungan yang berkualiti tinggi dengan menaik taraf rangkaian mudah alih bagi meningkatkan kapasiti serta kualiti rangkaian sekaligus membolehkan sektor telekomunikasi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Bagaimanapun, dalam kesibukan rakyat Malaysia dengan penggunaan teknologi serba moden untuk berkomunikasi, ada juga yang gemar segera menyampaikan info kepada keluarga dan rakan-rakan walaupun berita itu belum ditentukan kesahihannya.

Ikuti langkah-langkah berikut bagi memastikan berita anda benar:-

Ingat! Sebarang penciptaan atau penyebaran berita palsu adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement