Berita
Selamat Hari Lahir Tan Sri Muhyiddin Yassin! Ini 4 Perkara Tentangnya Yang Anda Mungkin Tidak Tahu
73 tahun hari ini!
Mungkin tahun inilah sambutan hari lahir paling meriah dan bermakna bagi Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Walaupun tarikh kelahiran sebenar beliau adalah 15 Mei iaitu hari ini, namun ramai yang memilih untuk memberi ucapan lebih awal kepada figura yang mula mencuri tumpuan ramai selepas tercetusnya pandemik COVID-19 di Malaysia.
Buktinya menerusi laman-laman sosial termasuk Facebook, Twitter dan Instagram sudah mula dibanjiri dengan ucapan selamat hari lahir.
Nama penuhnya ialah Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, manakala isterinya pula ialah Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. Beliau mempunyai 4 orang. Beliau dilahirkan pada 15 Mei 1947 dan berasal dari Muar, Johor.
Bagaimanapun, terdapat juga beberapa perkara yang mungkin orang ramai tidak tahu di mana:-
1. Tan Sri Muhyiddin adalah anak kepada salah seorang ulama terkenal
Selain Ahli Parlimen Pagoh, anak kepada ulama terkenal di Bandar Maharani (Muar), Johor, Muhammad Yassin Muhammad itu juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, Johor.
2. Cancer Survivor
Pada tahun 2018, Tan Sri Muhyiddin telah didiagnos menghidap barah pankreas peringkat awal. Dr Mahathir kemudian mengambil alih tugasnya dalam Kementerian Dalam Negeri sepanjang tempoh beliau menjalani rawatan.
3. Seorang ulat buku
Beliau mendapat ijazah dari Universiti Malaya pada tahun 1970 dalam jurusan Ekonomi dan Pengajian Melayu. Menurut satu saluran portal Youtube, Tan Sri Muhyiddin bukanlah seorang pelajar pintar sewaktu menyambung pengajiannya di peringkat universiti. Namun, kegigihannya selain usahanya yang gemar membaca, dia kini telah menjadi seorang yang berguna pada ibu bapanya, masyarakat dan negara.
4. Sikapnya yang merendah diri
Tan Sri Muhyiddin lebih memilih untuk bersikap tidak menonjolkan diri dan menurut sumber, beliau amat rapat dengan keluarganya. A family man!