Semasa & Hiburan
“Selamat Berpuasa, Jangan Drive-Thru,”-Janna Nick
Hari ini seluruh umat Islam menyambut bulan Ramadhan dan berpuasa selama sebulan.
Hari ini seluruh umat Islam menyambut bulan Ramadhan dan berpuasa selama sebulan.
Pelakon kelahiran Kedah Janna Nick semalam sempat berkongsi doa niat puasa kepada peminat kesayangan menerusi laman Instagramnya.
“SEBELUM TIDOQ…JOM NIAT PUASA!!!! Selamat menyambut ramadhan al mubarak ❤️❤️❤️,” tulisnya pada kapsyen.
Prihatin betul Janna sanggup menyanyikan lagu niat puasa kepada pengikutnya. Mesti ada yang ikut menyanyi dengan Janna kan?
Namun ada betulnya juga pesanan Janna di hujung video itu walaupun dalam nada gurauan.
Jadi, pastikan anda puasa penuh ya tahun ini kalau tiada sebarang halangan.
Semoga Ramadhan kali ini lebih diberkati dan membawa seribu kebaikan buat kita semua.