Semasa & Hiburan
Sekitar Ulang Tahun Kelahiran Fazura, Bertemakan Ala-Ala James Bond
Untungnya jadi Fazura!
Siapa tak kenal dengan pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura ni kan? Mereka ni sememangnya sepasang suami isteri yang selalu berjaya menarik perhatian pengikut hanya kerana keserasian antara mereka berdua.
Kalau terdahulu, pelakon berkenaan telah membuat ucapan khas buat suaminya sempena hari jadi Fattah pada 14 September lalu, kini giliran Fattah pula melakukan sesuatu bagi menghargai isterinya.
Menerusi laman Instagram Fazura baru-baru ini, pelakon berkenaan telah memuat naik beberapa keping foto berserta dengan video yang dirakam semasa kejutan hari ulang tahunnya pada 27 September yang lalu.
Difahamkan, majlis tersebut telah diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh rakan-rakan.
Our surprised last night menjadi with our friends! Siap ada org tu cakap tak pela my friends tak nk celebrate pun birthday i yela dorang tu semua kan bz.. tup2 kena suprise! Thank you to all our friends yg organised and came last night!
Menurut kapsyen berkenaan, isterinya sebelum ini meluahkan rasa terkilan kerana kawan-kawan tidak muncul menyambut ulangtahun kelahirannya.
Lebih menarik lagi, tema kejutan yang dibuat oleh Fattah adalah seperti filem James Bond dengan rona hitam dan putih selain memainkan muzik Jazz apabila Fazura memasuki ruangan bilik itu.
Majlis yang disambut malam itu ternyata meriah sehingga Fazura mengalirkan air mata kerana terharu dengan kehadiran teman-temannya.
Semoga Fazura panjang umur, dimurahkan lagi rezeki dan sentiasa berjaya!