Connect with us
Hot Kool Jam

Donna

Sejauh Mana Tahap Keselamatan Wanita Yang Pulang Atau Kerja Waktu Malam?

Hampir separuh daripada golongan wanita di Malaysia bekerja dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Published

on

Pernah tak anda berjalan seorang diri pada waktu malam menuju ke parkir kereta dan merasakan seperti ada yang memerhati. Langkah dilajukan tanpa menoleh ke kiri dan kanan, jantung berdegup laju dan di fikiran terus membayangkan kes-kes rogol, ragut yang menakutkan! Sejauh manakah keselamatan wanita yang pulang bekerja pada waktu malam ini terjamin?

Hampir separuh daripada golongan wanita di Malaysia bekerja dan menyumbang kepada pembangunan negara. Peranan wanita sememangnya amat besar sebagai penyumbang ekonomi dan juga pembentukkan generasi akan datang.

Kerajaan telah menubuhkan banyak pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam aktiviti-aktiviti ekonomi dan sosial. Antaranya seperti Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita (NCWO), Perkumpulan Wanita (Wl), Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI), Pertubuhan Bantuan Wanita Islam, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam dan pertubuhan-pertubuhan wanita yang menyediakan berbagai program pembangunan berbentuk jaya diri dan kemudahan-kemudahan sokongan lain.

Namun, walau sejauh mana pun kehebatan dan ketangkasan seorang wanita dalam setiap tugasan yang dipikulnya, hakikatnya wanita tetap berdepan dengan satu perkara yang mungkin menjadi kelemahan iaitu aspek keselamatan.
Apa yang membimbangkan Donna lagi adalah statistik yang dikeluarkan oleh akhbar Utusan Malaysia, kadar jenayah di Malaysia kini semakin meningkat hingga 13.4 peratus pada tahun lalu. Dengan pecahan kenaikan sebanyak 30 peratus untuk kes rogol dan 160 peratus untuk kes rompakan.
Menyedari hakikat ini, timbul persoalan dalam fikiran Donna, tidakkah mereka merasa diri mereka dalam bahaya apabila berjalan kaki atau memandu seorang diri menuju ke rumah? Apakah persediaan mereka jika berdepan dengan orang jahat atau perkara buruk? Apa usaha mereka untuk mengelakkan dari perlu bekerja atau pulang kerja waktu malam?
 
Ketahui lebih lanjut dengan klik sini.
Penulis: Donna

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement