Connect with us
Kool FM

Berita

Sejauh Mana Kebersihan Ais Yang Kita Minum?

Informasi yang sangat berguna buat pengusaha ais..

Published

on

Pernahkah anda tahu bagaimana air batu atau ais itu dicipta selain menyimpan air di dalam peti ais? Ketahuilah bukan hanya plastik, kayu dan kaca malah ais juga mempunyai kilang pemprosesannya sendiri.

Namun, sejauh mana kebersihan sesebuah kilang pemprosesan ais itu sendiri? Dari manakah datangnya air yang digunakan? Adakah ia selamat untuk diminum?

Oleh itu, Kool FM pada 6 Mac 2020 telah menemubual Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Shanmugam Supramaniam yang mempunyai tanggungjawab besar dalam mengendali makanan terutamanya ais.

Walaupun ais hanyalah bahan untuk penambah sejuk tidak kiralah dalam minuman mahupun diletakkan pada ikan-ikan di pasar, ia masih terkawal dalam peraturan makanan di bawah kementerian terbabit.

Image result for ais cube

Menurutnya, bagi kilang ais yang mengeluarkan bahan tersebut untuk penjualan, ia adalah mandatori bagi setiap pengusaha kilang untuk mendapatkan lesen dari KKM di bawah Peraturan Makanan 394 A.

Sebenarnya lesen itu merangkumi aspek keselamatan ais itu sendiri. Sebelum KKM memberi lesen kepada pengusaha, pegawai yang ditugaskan akan menjalankan pemeriksaan termasuklah aspek keselamatan, kebersihan dan lain-lain.

Apabila segala keperluan sudah dipenuhi, barulah lesen akan diberikan. Jika ia tidak diluluskan, kementerian tersebut akan memberikan notis dan masa untuk memperbaiki kesalahan yang dilakukan.

“Kilang tidak boleh beroperasi sebelum mendapat lesen.”, tegas Shanmugam.

Sementara itu, KKM juga menggalakkan setiap premis menggunakan air yang dirawat untuk membuat ais. Kaedah yang dilakukan pula bergantung kepada keperluan industri itu sendiri. Tidak kira sama ada ia berkuasa tinggi ataupun masih menggunakan cara lama.

“Yang penting hasil daripada proses ais tersebut adalah baik dan mematuhi peraturan makanan.”

Dengarkan lanjut temubual ini menerusi Catch Up Kool di bawah:-

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement