Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

"Sejak Semalam Saya Tidak Tenang"- Lana Nodin

Pelakon Lana Nodin meminta agar peminat mendoakan kesihatan anak keduanya, William Daud McKienzie yang dimasukkan ke ICU apabila jantungnya terhenti selama 10 minit petang semalam.

Published

on


Pelakon Lana Nodin meminta agar peminat mendoakan kesihatan anak keduanya, William Daud McKienzie yang dimasukkan ke ICU apabila jantungnya terhenti selama 10 minit petang semalam.

“Kalau nak doakan, doakan untuk anak saya. Saya berharap sangat dia boleh selamat dan seterusnya sembuh,”katanya. 

William yang berusia dua bulan sepatutnya menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara selepas menderita masalah injap jantung atau aortic stenosis namun terpaksa dihentikan selepas mengalami masalah.

Dalam pada itu, Lana memberitahu dia buntu, sedih dan tak sanggup melihat keadaan anak yang menanggung kesakitan.

“Buat masa sekarang, saya masih buntu dan sedang berbincang dengan suami. Saya sedih dan tak sanggup melihat keadaan anak. Dari semalam saya tidak tidur lena kerana memikirkan keadaannya,” kata Lana.

Selepas dimasukkan semula ke ICU petang semalam, William yang senang disapa dengan nama Billy kembali dalam keadaan stabil.

“Anak stabil, cuma dia masih dalam pemantauan doktor untuk tempoh 24 jam lagi. Doktor maklumkan esok mereka akan berbincang sama ada mahu teruskan pembedahan mengikut prosedur asal atau buat ‘open heart’. Itu pun berisiko. Selepas itu, baru kami buat keputusan mana yang terbaik,” ujarnya lagi. 

Sebagai ibu, Lana mahu melihat anaknya membesar seperti kanak-kanak lain dan sembuh segera.

Lana yang mendirikan rumah tangga bersama David McKienzie pada Mac 2015 juga hampir pengsan apabila dimaklumkan suami, jantung anaknya terhenti selama 10 minit semalam.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement