Connect with us
Webinar Kool

Berita

Sedap Di Perut, Merana Di Perut

Ingat, sentiasa periksa dan baca maklumat pemakanan pada label. 

Published

on

Berapa ramai dalam kalangan kita yang ambil peduli tentang kandungan nutrisi pada label produk makanan semasa membeli makanan?

Di dalam segmen Kool Talk bertarikh 18 Februari, tiga penyampai Kool FM Ag, Haiza dan Muaz telah menemu bual Encik Leong Han Yin, Penolong Pengarah, Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Puan Nur Liyana binti Mohamad Nizar, Penolong Pengarah, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan topik “Sedap di perut, merana di mulut”.

Menurut Encik Leong, lelaki memerlukan lebih kurang 2000 kalori sehari berbanding wanita yang memerlukan 1800 kalori sehari.

Sementara itu, Puan Liyana turut berkongsi beberapa maklumat penting yang perlu ada pada label makanan:

*Nama produk

*Senarai ramuan

*Maklumat pemakanan (Kebiasaannya pada produk susu, cereal dan baby food)

Bagaimanapun, tidak semua produk memerlukan maklumat pemakanan.

Memandangkan bulan Ramadhan semakin hampir, AG juga sempat bertanya soalan bagaimanakah cara untuk para peniaga mengekalkan kualiti makanan ketika di bazar.

Jelas Puan Liyana, peniaga disarankan untuk memasak dalam kualiti yang sedikit atau secukupnya dan pastikan suhu serta cara penyimpanannya terkawal, tidak melebihi 4 jam.

Jika peniaga menghidangkan makanan melebihi tempoh 4 jam, kemungkinan mikroorganisma akan terhasil sekaligus menyebabkan keracunan.

Menyentuh soal kandungan gula, Puan Liyana berkata, ingredient yang paling awal sebenarnya adalah yang paling tinggi jumlahnya di dalam sesuatu produk itu.

“Berdasarkan peraturan, ia akan susun ikut berat menurun di mana yang paling tinggi adalah paling pertama dinyatakan pada sesuatu produk manakala yang paling rendah di bahagian terakhir,” katanya.

Jadilah pengguna yang bijak dengan periksa dan baca terlebih dahulu semua maklumat pemakanan pada label.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement