Connect with us
Kool FM

Berita

Sebulan Berlalu, 100 Pasangan Ini Diminta Tampil Ke JAIS Kerana Juru Nikah Tidak Bertauliah

Menurut beliau lagi, terdapat lebih 100 pasangan dinikahkan menggunakan khidmat jurunikah tidak bertauliah itu sejak lebih sebulan lebih lalu diminta tampil segera ke Jais untuk membantu siasatan berkaitan perkara itu.

Published

on

Sewaktu pandemik, pelbagai cara akan diguna pakai demi mencari sumber pendapatan. Lebih berani lagi apabila ada yang sanggup lalu jalan pintas dengan melakukan kerja-kerja haram.

Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki yang menawarkan khidmat sebagai jurunikah tidak bertauliah yang mengenakan caj RM3,000 hingga RM5,000 untuk setiap pernikahan dengan alasan bergantung kepada penyediaan dokumen. Malah, lelaki berkenaan yang turut melakukan kegiatan itu bersama isteri dan anaknya.

Menurut Pengarah Bahagian Penyelarasan, Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah, Mohd Kori Jusoh, berkata pasangan terlepas pandang dengan beranggapan pernikahan luar kawasan melebihi dua marhalah, dibolehkan menggunakan wali hakim.

“Tanpa disedari wali sah seperti bapa, saudara lelaki (adik-beradik seibu sebapa atau sebapa), datuk (bapa ayah) dan bapa saudara (adik-beradik sebelah bapa) masih hidup. Semua kategori wali ini perlu dicari sehingga dapat, bukannya mengambil jalan mudah menggunakan wali hakim,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, terdapat lebih 100 pasangan dinikahkan menggunakan khidmat jurunikah tidak bertauliah itu sejak lebih sebulan lebih lalu diminta tampil segera ke Jais untuk membantu siasatan berkaitan perkara itu.

“Kita perlukan mereka tampil dan perlu siasat dengan teliti kerana perkara ini membabitkan hukum, bukan boleh main-main,”

Semoga pasangan yang sudah berkahwin dalam tempoh itu, dapat diselesaikan ikatan. Jika tidak, lagi panjang proses penyelesaiannya.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Emma Maembong Rahsiakan Majlis Pernikahan Demi…

Majlis Pernikahan Ala Garden, Adik Ummi Nazeera Curi Tumpuan

 

 

 

Sumber: mediamalaysia

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement