Connect with us

Hiburan

“Sebentar Jadi Nanti Sat..” Ada Kejutan Daripada Dayang Nurfaizah & Rizalman

Wow… apa tu..

Published

on

Pejam celik, pejam celik sekejap je tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya dalam beberapa bulan sahaja lagi kan? Pastinya tahun ini banyak meninggalkan kenangan manisa dan tak kurang juga memori pahit.

Sama seperti tahun-tahun yang sebelumnya, sebelum tiba musim perayaan ramai pereka fesyen akan mengumumkan atau memaparkan koleksi rekaan masing-masing untuk digayakan pada hari raya.

Tidak ketinggalan, pereka fesyen ternama Datuk Rizalman Ibrahim yang baru-baru ini telah memuat baik satu video memaparkan video dia dan penyanyi Dayang Nurfaezah menggayakan salah satu koleksinya bagi tahun hadapan.

Dengan menggunakan tanda pagar kesumajiwa 2020, rizalmen 2020 dan rizalmanraya2020, video itu turut memaparkan mereka berdua miming lagu yang popular satu ketika dulu nyanyian Datuk Ahmad Jais dan Datin Rafeah Buang berjudul Selasihku Sayang.

Lebih menarik perhatian apabila Dayang turut mengajuk kata-kata Rizalman selepas pereka fesyen berkenaan masih belum bersedia untuk mendendangkan lagu tersebut.

Video berdurasi satu minit itu telah menarik perhatian ramai selepas ramai terhibur dengan gelagat mereka berdua, malah ada yang mendoakan supa mereka bertemu jodoh.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement