Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

Sebenarnya ada cara mudah nak nampak korang lebih bijak, cepat baca!

Published

on


PERNAH tak korang diajak untuk menghadiri sesuatu majlis dan sekeliling korang ialah orang-orang baharu yang korang tak pernah jumpa langsung sebelum ini? Jadi, mesti korang ada terdetik di dalam hati supaya korang mempunyai aura seorang yang positif dan bijak supaya lebih senang didekati oleh orang sekeliling. Setiap apa yang mereka cakapkan, korang tahu macam mana nak borak.

Sebenarnya, ada beberapa cara tau yang boleh meningkatkan tahap intelektual korang. Cara-cara yang bakal sis senaraikan ini pun memang sangat mudah. Jom kita baca apakah caranya!

via GIPHY

Banyakkan kosa kata

Sebenarnya, kosa kata yang banyak menandakan korang sangat berpengetahuan. Ini kerana, ia akan menunjukkan yang korang sebenarnya banyak membaca. Tak kisahlah daripada bahan jurnal, buku fiksi sehinggalah kepada artikel. Kalau bebrual dengan orang lain, korang tak la nampak macam binggung.

Upgrade selera seni

Kalau selama ini korang banyak tengok cerita romantik putus cinta sebab keluarga tak restu. Atau kisah cinta antara orang kaya dan orang miskin. Kali ini, apa kata korang pilih menonton filem yang boleh menggugah pemikiran sikit. Mungkin sejarah atau filem yang mengkritik sosiopolitik negara mahupun dokumentari. Ini menunjukkan korang seorang yang berpengetahuan dan berwawasan.

via GIPHY

Lebih rasional

Ya! Ini point yang penting. Berhentilah berdrama atau melayan drama yang berlaku disekeliling korang. Latih diri korang untuk berfikiran rasional. Tak semua benda kena ambil secara peribadi. Apa yang korang boleh buat ialah bertenang dan berfikir secara sistematik dan menganalisis sesuatu perkara secara terperinci. Jangan percaya bulat-bulat apa orang lain cakap.

Asah skill komunikasi

Komunikasi adalah kunci segala-galanya. Idea yang kita ada akan sampai lebih mantap jika kita berjaya membentangkannya kepada mereka dengan gaya yang tertentu. Korang kena pastikan maklumat dan tujuan percakapan korang itu jelas dan sampai. Antara tokoh pemimpin yang mempunyai seni penyampaian yang bagus ialah Abraham Lincoln, Martin Luther King Jr dan Anwar Ibrahim.

via GIPHY

Mendengar

Sebenarnya, mendengar adalah sebuah skill yang sangat hebat. Apabila seseorang itu rasa selesa kerana korang seorang mendengar yang baik. Mereka akan meletakkan kepercayaan yang lebih dalam kepada korang. Orang bijak tak suka membangga diri. Mereka bergerak dalam senyap, mendengar tapi tindakan mereka sentiasa luar biasa.

Lepas dah dengar semua point yang sis kongsikan ini. Korang dah boleh perlahan-lahan menambah ciri-ciri yang sis cadangkan ini tau. Semua orang pintar. Cuma terpulang kepada masing-masing untuk menambah ilmu apa yang kurang dalam diri mereka.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement