Gaya Hidup
Sebelum Borong Kain Ela Belajar Kenal Jenis Fabrik Dahulu Tau
“Pakaian tradisional seperti baju kurung, kebaya atau kebarung sentiasa menawan untuk digayakan pada bila-bila masa dan di mana jua.”
“Pakaian tradisional seperti baju kurung, kebaya atau kebarung sentiasa menawan untuk digayakan pada bila-bila masa dan di mana jua.”
Sumber Foto: eztakaful.com
Jadi bila masuk kedai kain, anda perlu ada pengetahuan berkenaan jenis-jenis fabrik agar anda tidak rambang mata. Satu lagi kepentingan kenapa anda perlu tahu jenis setiap kain agar fabrik yang dipilih sesuai untuk dibuat baju mengikut fesyen kesukaan anda.
Sumber Foto: pexels.com
KAIN ORGANZA – Kain organza diperbuat daripada sutera dan harganya sangatlah mahal kerana tenunannya yang sukar dan fabriknya nipis. Biasanya kain organza ini digunakan untuk membuat pakaian pengantin atau majlis makan malam.
Sumber Foto: pexels.com
JACQUARD – Merupakan kain yang memiliki pola yang ditenun menjadi kain, bukan dicetak di atasnya. Alat tenun tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard. Jacquard bersifat kilat dan licin.
CREPE – Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist di mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut. Fabrik crepe sangat selesa dan tidak panas.
KAIN CHIFFON – Biasanya diperbuat daripada sutera,kapas dan sintetik fiber. Chiffon mempunyai tekstur yang lembut, beralun dan ringan. Chiffon sesuai dibuat gaun, riben, pakaian dalam, pakaian tradisional dan moden. Oleh kerana sifatnya yang tembus cahaya biasanya chiffon dilapisi dengan kain pelapik sama ada dari kain satin atau kain lapisan dalam yang lain.
Sumber Foto: pexels.com
Chiffon juga ada pelbagai jenis tau. Untuk mengetahui lebih lanjut, klik sini
Penulis: Donna