Connect with us

Hiburan

Sebelum Bersara, Ini Perancangan Penyanyi Wann Seterusnya!

Teringin bekerjasama dengan Faizal Tahir

Published

on

“Kalau boleh, sebelum bersara, saya mahu muncul dengan sebuah lagu istimewa.”
Itu niat penyanyi popular zaman 1990-an, Wann apabila meluahkan hasrat merakamkan lagu baharu sebagai tanda kenangan, sebelum mengambil keputusan meninggalkan dunia nyanyian.
Wann yang menetap di Singapura, setahun selepas mendirikan rumah tangga dengan Mohamed Thazah Hamzah pada 1993 berkata, dia masih menerima tawaran menyanyi di negara itu, selain sesekali memenuhi undangan nyanyian di sini.

Foto Berita Harian

“Ramai yang menyangka saya sudah menyepi apabila tiada lagu baharu. Saya masih menyanyi, malah teringin menghasilkan lagu baharu, tetapi tiada tawaran.
Menurutnya, untuk lagu baharu itu nanti, dia ingin menghasilkan lagu rancak yang menyelitkan elemen moden, Latin atau cha cha.
“Saya tidak mahu lari daripada konsep lagu popular saya sebelum ini,”
Wann juga meluahkan keinginan untuk bekerjasama dengan komposer dan penyanyi, Faizal Tahir.
Penyanyi yang popular dengan lagu Bossanova, Lamunan Hati, Aku Dalam Teka Teki, Terlerai Kasih dan Joget Siapa Dia itu berkata, dia tidak menyangka masih diingati ramai, meskipun sudah lebih 20 tahun memperlahankan aktiviti nyanyian.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement