Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Sebab Sayang, Rita Sanggup Berhabis Ribuan Ringgit

Bila hati dah sayang, apa pun sanggup buat. Betul tak?

Published

on

Bila hati dah sayang, apa pun sanggup buat. Betul tak?

Pelakon Rita Rudaini sanggup berhabis ribuan ringgit untuk empat ekor kucing kesayangannya dengan menghantar ke hotel kucing sepanjang seminggu berada di kampung halaman menyambut hari raya.

Kucingnya yang digelar Pekan, Dahlia, Puspawangi dan Kuntum begitu bertuah memiliki tuan seperti Rita yang amat mementingkan keselamatan mereka.

Rita juga tidak kisah jika harus mengeluarkan belanja yang agak besar.

“Saya sanggup keluar sedikit belanja untuk memastikan semua kucing selamat sepanjang cuti beraya.

“Setiap tahun saya memang menghantar kucing ke hotel kucing kerana tidak boleh bawa pulang ke kampung yang agak jauh.

“Tahun ini saya membuat tempahan awal kerana tahun lalu bilik istimewa untuk kucing penuh,” katanya yang akan beraya di kampung halaman di Kangar, Perlis.

Hm…memang agak jauh kalau nak bawa semua kucing-kucing tu beraya di utara.

Lebih baik tinggal di hotel kan! Selesa dan selamat.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement