Connect with us
Hot Kool Jam

Berita

Sebab Nak Gambar Cantik Untuk Instagram, Gadis Ini Maut Terjatuh

Semoga kisah kali ini dapat dijadikan pengajaran buat kita semua..

Published

on

Seorang pelajar maut selepas tersandung dan terjatuh 12 meter dari menara jam di universitinya semata-mata mahu mendapat pemandangan cantik untuk Instagram.

Sydney Paige Monfries, 22 dari Portland, Oregon, disahkan maut dalam surat diberikan Universiti Fordham kepada pelajarnya, hanya dua minggu sebelum dia sepatutnya menerima ijazah.

Susulan itu, presiden universiti itu Joseph McShane berkata, pihaknya akan menyerahkan ijazah Sydney kepada ibu bapanya ‘pada masa yang sesuai.’

Jabatan Polis New York berkata, Sydney pergi ke menara jam Keating Hall bersama rakannya sekitar jam 3 pagi dan terjatuh ketika dia mahu mendapat gambar latar langit New York yang lebih cantik.

Pelajar hanya dikenali sebagai Anne memberitahu New York Post: “Saya fikir mereka mahu memuat naik gambar ke Instagram ketika itu.”

Menurut sumber, Sydney dan rakannya memanjat tangga berpilin-pilin di menara itu sebelum tersandung dan jatuh 12 meter ke tanah dengan kepalanya turut terhantuk.

Sementara itu, pelajar Fordham berkata, pelajar senior kerap mengadakan ritual yang melihat mereka menaiki menara itu, menyentuh locengnya dan mengambil gambar di tingkap di aras atas.

Pelajar universiti tidak dibenarkan memasuki menara itu dan berdepan tindakan disiplin jika ditangkap.

 

Sumber dari: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement